Selasa, 02 Februari 2010

Sebuah Catatan (memberikan nama yang baik untuk anak)

Dari pada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa untuk membentuk sahsiah, akhlak, peribadi dan tingkah laku anak-anak mengikut ajaran Islam.
Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).” Nama-nama ini elok diberikan kepada anak-anak lelaki.
Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi. Nama-nama para sahabat Nabi seperti Abu Bakr, 'Umar dan seumpamanya bolehlah juga menjadi pilihan. Untuk bayi perempuan, nama-nama isteri Nabi seperti Khadijah, Siti 'Aisyah, Hafsah dan Zainab boleh dijadikan pilihan.
Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan 'Abd ertinya hamba misalannya 'Abdullah, 'Abdul Hakim, 'Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”
Nama selain dari pada itu boleh diberikan kepada anak-anak, asal sahaja ianya mempunyai pengertian yang baik.

Memberi Nama Pada Anak

kita sebagai orang tua sudah menjadi kewajiban bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Sebuah Catatan (memberikan nama yang baik untuk anak)

Dari pada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama ...